Rabu, 29 Oktober 2014

Dream Trip To Macau


Assalamualaikum..
Hello..

OMG! Macau beb!!!! dulu selalu lah jugak tengok drama kat tv yang diaorang shooting kat Macau. Drama pertama yang buatkan aku teruja nak pergi Macau semestinya "Boys Over Flower" < kalau ada yang minat tengok drama korea mesti tau dan pernah tengok drama ni kan? sebab drama nilah yang buatkan aku minat sangat dengan kpop dan jugak Macau.

Ok straight to point sebenarnya aku cerita pasal Macau ni sebab Nuffnang Malaysia dengan Macau Government Tourist Office (MGTO) besar hati nak bagi pakej percutian pergi MACAU !! Terima kasih Nuffnang & MGTO :)

tempat pertama yang aku terbayang kalau orang cerita pasal Macau adalah ....

1. Venetian Macau

 sumber dari goggle

Aku paling teruja nak pergi sini sebab kita boleh naik gondolan rides sambil dengar nyayian dari pengkayuh (main cakap je -_-) perhh romantik habislah.. selain tu kita boleh tengok kedai-kedai yang boleh buat kita rasa macam kat Itali.. 

sebabkan drama ni buat aku teringin nak pergi Macau naik gondolan ni..

2. Ruins of St. Paul

sumber dari goggle

Tempat sejarah yang patut pelancong datang melawat kalau datang Macau. tengok dari gambar pun dah lawa nikan pulak kalau dapat tengok depan-depan,mesti cantik.

salah satu pengaruh aku nak pergi tengok Ruins of St. Paul

3. Macau Tower

sumber dari google
yang menarik mengenai menara ni ialah menara ni menyediakan sukan lasak seperti bungy jump, sky jump,  skywalk & tower climb.. Kalau dapat pergi menara macau ni tak sahlah kalau tak cuba buat aktiviti lasak ni kan,memandangkan aku ni tak berapa nak berani,aku rasa buat skywalk pun jadilah

sumber dari google

jadilah walaupun dapat buat skywalk je,janji dapat pengalaman buat aktiviti dekat menara macau ni.

sape minat Running Man?? rasanya semua peminat RM ni mesti dh tengok episod RM datang macau buat semua aktiviti kat Mcau tower nikan,sebenarnya aku ingat kat sini ada bunjee jump je rupanya ada jgklah aktiviti lain yang disediakan.. Running Man nilah yang bgtau ada skywalk kalau tak memang taklah Macau Tower ni jadi salah satu tempat yang patut aku datang kalau pergi Macau..

Sebenarnya banyak lagi tempat yang nak aku cerita tapi sebabkan syaratnya kena bagitau tiga tempat yang paling kita nak pergi,jadi ni jelah yang aku boleh bagi tau..

jadi persoalannya sekarang "kenapa Nuffnang kena bawak aku pergi Macau?" jawapannya..
 [aku tak pernah pergi jelajah negara orang] , [aku nak tambah ilmu nak tau macam mana budaya sesebuah negara] , [aku ni baru nak berjinak dalam dunia pelancongang yelah baru habis belajar bidang "pelancongan dan pengembaraan"] & [ini merupakan aktiviti pertama aku sebagai ahli nuffnang]
Lastly, Terima kasih banyak - banyak kepada Nuffnang Malaysia dan Macau Government Tourist Office (MGTO) sebab anjurkan peraduan ni. 



p/s : terima kasih sebab sudi baca sampai habis walaupun gaya penulisan yanga agak tunggang terbalik ni.. saya ni budak baru belajar & baru berjinak dapat dunia blogger ni,jadi kalau ada sebarang kesalahan dan kesilapan maafkan saya dan tolong ajar saya.. ;)

2 ulasan:

  1. Entri yg baik...Semoga berjaya! Goodluck!
    http://memyselfandmelvin.blogspot.com/

    BalasPadam